CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 28, 2009

. . .


:crab1:

Oh, entry ni takde tajuk sebab aku menaip sambil sedap makan mi hong kong.. Bagusla tu kan, makan malam-malam bute camni, lemak pun sedap jela menempel kat badan jap gi.. Lemak makan nasi lauk sadin semalam pun belum guna lagi.. Lagi mau tambah lemak.

Dan entry ini hanyalah untuk membebel keadaan diri sendiri. Kalo tak hingin nak tau perkembangan diri hamba yang hina ini, tidak perlu membacanya.. (tetiba apehal???)

Sekarang aku dah jadi penternak bakteria yang berjaya. Bakteria-bakteria tu dah membiak dengan sihatnya. Hahahaha.. Siang tadi ternak fungi plak. Harap-harap hidup suburla mereka sume tu.. Tapi serius leceh betul ternak benda-benda kecik cinonet tu sume. Nak kena buat bertul supaya tak contaminated dengan bakteria kat persekitaran la, apela. Aku ni dahla buat keje tak berhati-hati sangat. Sat gi bercampur plak bakteria aku tu dengan bakteria lain, lantak kamu la ye. Orang lain bukan tau pun.. Hahaha..

Sume orang dah start writing. Aku pun cuti aritu beria-ia la nak start writing jugak. Hari jumaat malam Sabtu aritu, semangat la konon ni nak buat chapter 1. Last-last, baru siap type objectives and scope of study, aku gi bantai tengok cite korea dari pukul 10 pm sampai ke 6.30am. Gile ko. Pastu baru tido. Bangun tido sambung lagi tengok. Sampai sekarang tak abes-abes lg tengok cite tu. Tula, sape suh pandai sangat beli korean drama yg sampai 28 episod. 1 episod 1 jam. Bile nak abes tengok tu??? Pastu bile plak nak stat writing?? Haha.. Gelakkan diri sendiri!

Semalam jatuh tangga. Sedap je terduduk kat tangga tu, abes lebam. Cantik je ade setompok biru kehijauan. Nasib baik part tu banyak lemak, kalo tak mau penyet tulang punggung. Bagus jugak banyak lemak ni kan, jadi penyerap hentakan. Tak jadila minum jusmate menghilangkan lemak. Haha.. So arini sedapla badan sume sakit-sakit. Nak angkat kaki tinggi sket je pun susah. Takpela kan, sakit tu penghapus dosa..

Ok, penat dah membebel. Nak sambung makan mi hongkong. Bye!

:crab1:

Friday, December 11, 2009

MACAM KERANG BUSUK KE??? HIHI..


:littlegirl1:

Hari ni indah betul kan??? Hihi.. Rasa nak senyum sampai telinga je..
Awal minggu ni mood adalah tak baik, ala-ala tension and pening-pening gitu.
Hajat nak jumpa supervisor tak kesampaian, hari-hari beliau busy.
Tapi hari ni, lega sebab dah jumpa supervisor. Anddd, the biggest part of my research, dah settle..Part yang paling tough skali. Now, dah boleh stop. Alhamdulillah.. Beliau cakap, dah cukup dah. So, tinggal sikit je part yang kena buat. Part yang involve bacteria. Tapi sebenarnya, leceh kot part ni sebab melibatkan benda hidup yang kecik and membahayakan kesihatan gitu.

Ohhh..indahnya..Rasa nak amek cuti sebulan.. Haha.. Tak sedar diri, padahal ade satu part lagi yang tak siap. Ko ingat dah boleh grad? Tidak sekali-kali. Huhu..

Sekarang ni hepila kan.. Kang bila dah masuk part writing, boleh kurus kott.. Hari-hari tak lalu makan sebab tension.. Haha.. I macam ni keeee????

So kepada yang berkenaan, kepada kesayangan, sila beware. Dan sila membuat persediaan mental secukupnya. Mungkin aku akan jadi begini bila aku start writing nanti;


Rasa nak marah orang;

:littlegirl1:


Psiko tak pasal-pasal;

:littlegirl1:


Bila dah stress tak bleh blah, rasa nak belasah orang;

:littlegirl1:


Tak pun akan menjadi lebih kejam seperti ini;

:littlegirl1:


Jangan jadi camni dahla..

:littlegirl1:


Yang ini sudah pasti. Tapi idok le sambil berlari-lari. Kang tak pasal-pasal kena hantar kat Tampoi. Dah dekat dah tu..

:littlegirl1:

Huh.. doa-doakanlah semuanya berjalan dengan lancar.. Aminnn..


Saturday, December 5, 2009

SHIKIMATE PATHWAY

:puteh_19:
Aritu aku pegi conference kan, kena present paper oral kan..
Aku present hari Isnin 23/11. Takla takut gila sampai nak terkencing-kencing, tapi nervous tu biasala kan.. Nak present, ade ke orang yang tak nerveous?

Siang Ahad, sampai-sampai Kuantan terus sebok mengukur Mega Mall.. Malam before present, barula sebok nak start prepare sket-sket, barula sebok nak buat ayat.. Tu pun otak cam takleh nak fokus sangat.. Maklumla, budak tengah ada masalah jiwa macam tu la, bukan leh concentrate sangat.. Tapi takpela, still yakin leh present dengan baik.

:puteh_10::puteh_10::puteh_10:
About 10 minutes before present, one question berlegar-legar kat kepala otak aku, apa pathway untuk phenylpropanoid? (The isolated compounds dalam research aku termasuk dalam group phenylpropanoid, which is ada one benzene ring and 3 carbons chain.. Ok, mungkin kamu-kamu yang bukan major kimia tak faham apa yang aku bebelkan ni..). Pastu, cepat-cepat tanya lab mate kat sebelah yang bakal present selepas aku. Tapi malang tidak berbau, lab mate aku pun tak tau jawapannya.

:puteh_5:
Instinct aku menyatakan, soalan ni akan keluar dari mulut seseorang. But lab mate said, takde kot soalam macam tu, normally they ask about the experimental part of the research. No theoritical question. Ok fine, aku cuba menenangkan diri.

:puteh_6:
Sampai masa aku present. Present biasa-biasa saja kot. Takde la teruk pun. Sampai ke bab Q&A, aku dah dupdapdupdap dah.. Pastu, guess what, soalan yang berlegar-legar dalam kepala otak 10 minit before present kuar dari mulut chairman sebab tak ada lansung question from the members of the floor. Fuh, nak nangis rasanya sebab memang tak ingat lansung. Obviously I cant answer that damn question! Dahla supervisor aku ada dalam dewan tu, padahal masa jumpa time pendaftaran, beliau kata tak boleh nak tengok our presentation because she nak pegi tengok presenter from universiti lain kat bilik yang lain. (Ada 3 presentation session yang berjalan serentak). Rasa cam nak pitam!
:puteh_8:

Takpela kan, memang dah tak ingat lansung, nak buat macam mana. Just not my luck.. Time orang lain present, aku still berfikir jawapan soalan bertuah tu. Setelah pening-pening lalat berfikir, I got the answer, its SHIKIMATE PATHWAY! Huhu.. Belajar time buat degree dulu, waktu 3rd year, sebab tu dah tak ingat.. Actually dah penah buat revision dulu, tapi still tak ingat jugak. Bnayak makan jajan!

:puteh_25::puteh_21:
After this, kena well prepared before presentation, and believe your instinct.. Menyesal kemudian tiada berguna lagi.


Friday, December 4, 2009

NI GATAL TANGAN NAMENYE..

:littlegirl1::littlegirl1::littlegirl1:

Waa..tukar header lagi..Cantik tak????
Maybe akan dikekalkan untuk masa yang lama sebab i loveee it so much.. Cute cute cute 100x..
Marilah berjoget.. ;))
Pic cilok kat tenet, then edit-edit guna paint sajok, tak reti nak pakai photoshop..
Aci ke tak eh main cilok-cilok pic kat tenet ni? Kang kena saman plak sebab salah disisi undang-undang..
Takde uwang nak upah peguam..:pandacloud_10:

Saja je nak cantik-cantik kan blog ni.. Mana tau, bila dah cantik, rajin pulak nak update.. :pandacloud_16:

Nak tukar bakcground belakang tu.. Tapi buat-buat tak jadi pulak..Memang buta IT betulla..Ntah ape yang tak betulnya..:pandacloud_03:

Takpe, kita buat pelan-pelan..Sikit-sikit lama-lama jadi cantik..Oh!yeah!
Mari sambung berjoget..

:dancepanda: :fatpanda::dancepanda::fatpanda:


Thursday, December 3, 2009

CARA MENDIDIK


Tadi tengah sedap makan kat satu kedai ni, terdengar suara budak menangis. Rupanya ada sorang budak chinese ni, kecik lagi dalam 2 3 tahun macam tu, jatuh tergolek dari kerusi. Then si ayah cepat-cepat angkat si anak pastu usap-usap kepala anak yang selamat mencium jalan tar tu. Budak tu nangis kuat sangat. Tapi yang peliknya, si emak macam takde rasa kasihan, dahla anak tu sakit, dicubit cubit pulak si anak tu. Nasib baik si ayah tu menepis perbuatan si emak, walaupun ada la jugak sedas dua atau mungkin lebih yang kena jugak kat si anak.. Bila si anak dah diam, si emak masih lagi marah, membebel then mencubit si anak, geram kot sebab anaknya nakal sangat sampai terjatuh dari kerusi.

Aku pelikla, tak kesian ke si emak tengok anaknya nangis bukan main kuat. Aku yang takde kena mengena pun rasa kesian. Dahla sakit terjatuh, tambah pulak dengan si emak yang mencubit geram. Macam-macam cara mendidik anak ni ye. Aku takde anak lagi, anak buah pun takde, so takde pengalaman didik anak. Maybe itu cara mereka kan..

Teringat cerita hari Sabtu hari tu kot kalau tak silap, ala yang Sheila Rusli berlakon tu. Tak ingat pulak apa tajuknya, tapi pasal keluarga la.. Sebab si ayah waktu kecilnya dipukul tiap-tiap hari, bila dah jadi ayah, dia buat benda yang sama kat anak-anak dia. Anak nakal sikit, lempang, pukul. Aku dapat rasa, dia sayang anak-anak dia, tapi tula, dia macam trauma dengan kehidupan masa kecik, so jadi tak tahu nak tunjuk kasih sayang kat anak-anak. Last-last, anak dan isteri dia semua mati kena bunuh dengan perompak. Di akhir cerita, si ayah kepada ayahnya ni cakap macam ni "kalau tak sayang, Dia ambil balik.."

So, tunjukkanlah kasih sayang anda sebelum terlambat..
Peace ;))